Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH


Assalammualaikum w.b.t

Salam maal hijrah kepada semua umat Islam tak kira dimana jua anda semua berada...

Hari ni merupakan hari cuti umum sempena sambutan maal hijrah...sejuk je rase pagi ni...hmmm...

Teringat pulak....dulu...masa zaman I sekolah, setiap kali tiba maal hijrah kan...sambutan nya agak meriah.. Ingat tak...ade satu lagu nasyid tu..



Lagu Tema Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman  

Rase nye, this year tak dengar lagi lagu ni kuar kat tv / radio nih...harap2 kejap lagi ade la..zaman dulu...dari orang tua...sampai la kanak2..takde yang tak penah dengar lagu ni.

tapi itu semua.. bukan la satu isu yang penting dalam kita menyambut kedatangan tahun baru ni... ape yang lebih penting ialah bagaimana kita menghayati mesej perjuangan yang diselitkan disebalik sebuah lagu itu...

diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:



'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'


Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.

Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.

Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.

Pengertian Ma’al Hijrah tu sendiri memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada aspek negatif yang ada dalam diri mereka kepada aspek positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.






Semoga kedatangan tahun baru ini...memberi kan kita 1001 keredhaan dalam kehidupan, kejayaan dalam setiap apa yang di usahakan , ketakwaan dalam setiap amalan , kesihatan yang baik untuk memudahkan kita beribadah dan keberkatan dalam setiap urusan...Semoga ALLAH melindungi kita semua. Amin ya rabbal alamin...







p/s : kita semakin hampir di hujungnya....adakah kita masih seperti semalam ?


2 comments:

  1. Wow..penuh dengan tazkirah dan tarbiah lah. Begitu insaf seketika bila I terbaca hadith tu. Exactly, skrg ni pun dh ramai org2 Islam yg cintakan dunia..

    Semoga Allah mengurniakan jiwa2 kita ini terarah dan cenderung kepada keimanan yg teguh dan kukuh.

    ReplyDelete
  2. Tarbiah untuk diri sendiri sebenarnye tu..

    InsyaALLAH..doa kan yang terbaik untuk dunia & akhirat..Amin

    ReplyDelete