Friday, July 1, 2011

Juara Imam Muda 2011 Hassan






Assalammualaikum...Syukran...

Semalam kita semua dah tau keputusan pemenang bagi juara Imam Muda 2011 iaitu Imam Muda Hassan...Tahniah kepada Hassan dan semua peserta Imam Muda...tak lupa juga buat semua yang terlibat..

Sayunya hati saya bila mendengar bacaan ayatul Quran oleh peserta - peserta Imam Muda... hanya ALLAH yang tahu ...Lebih-lebih lagi , semasa bacaan  petikan dari Surah Al-Mukminun di antara Hasan & Nazrul..

cuma yang saya harapkan supaya lebih ramai lagi badan-badan korporat yang boleh menyalurkan sumbangan atau pun turut serta dalam program yang sangat bermanfaat bagi umat Islam ni..



Jom kita berkenalan dengan Imam Muda Hassan ...

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan)  


Hassan dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua. Merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA),

Terdapat sedikit persamaan dalam kehidupan beliau dengan kehidupan yang pernah dilalui  oleh Nabi Muhammad S.A.W dimana dibesarkan tanpa ayah di sisi ketika masih kecil. Hassan kehilangan ayahnya semasa berusia 7 tahun. Ini membuatkan Hassan lebih manja bersama ibunya. Rahmatnya apabila kita sering membantu dan bersama ibu setiap masa, apa saja yang didoakan ibu dipermudahkan Allah.
 
Subhanallah...Betapa hebatnya hasil didikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu kepada saudara kita ni kan? Seperti yang di maklumkan, ibunya hanya bekerja sebagai penoreh getah dan rezeki itulah yang menyara mereka sekeluarga...

Kadang - kadang terfikir jugak...hebat sungguh ibu Hassan..bukan mudah apa yang telah dilalui beliau tetapi wanita itu berjaya menempuh dugaan ALLAH yang maha berkuasa...
Dan itu juga lah yang menyedarkan saya betapa saya bertuah kerana masih mempunyai suami dan kehidupan yang selesa dalam membesarkan anak - anak kami...Alhamdulillah...







No comments:

Post a Comment